feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count
FaizLi7OnLiNe
Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle
Jan
15

Ustaz Akhil Hayy & Waheeda?

Labels: ,

Baru-baru ini, majalah gosip online Murai.com.my ada melaporkan Ustaz Akhil Hayy dan Waheeda keluar menonton wayang bersama. Namun laporan gosip tentang mereka itu telah mengguris hati sesetengah pihak.

Antara laporannya ialah:

Sebenarnya, Murai Batu nak ceritakan pada korang insiden Ustaz Rugged tu terkantoi dating tengok wayang tengah malam buta dengan Si Waheeda, baru-baru ini di 1 Utama, PJ. Hai, bukannya Murai Batu saja yang nampak, satu panggung pun kenal mereka berdua selepas wayang hantu Spanish, KM31, habis dan lampu panggung dah cerah.
Kemudian, macam sedar orang dah terperasan. Kedua-dua mereka mulalah gelabah. Masuk saja tempat parking, Ustaz itu terus jalan jauh sebatu tinggalkan Waheeda. Nak cover line lah tu, tapi rasanya dah terlambat, dah kantoi...

162009_akhileeda(a)

Ada di kalangan pembaca telah membuat kesimpulan awal mengatakan meraka sudah berkahwin, namun ada juga yang memberikan komen-komen yang kurang memuaskan atau kurang sedap didengari.

Samada gosip ini benar-benar berlaku atau ianya hanyalah rekaan semata-mata ataupun ada kisah disebaliknya. Namun, OH BULAN! telah menjawab segala kebuntuan yang sering bermain difikiran.

Ini adalah apa sebenarnya yang terjadi mengikut cerita Waheeda. Mereka menonton wayang yang berbeza & sekali lagi menyatakan mereka memang belum berkahwin.

#1 Waheeda dan Akhil Hayy menonton wayang pada sebelah malam dan rancangan itu dilakukan pada saat akhir. Waheeda sepatutnya ditemani kawan baiknya, Naurah. Namun Naurah tidak dapat datang pada saat akhir.

#2 Menurut Waheeda, mereka menonton filem berbeza dalam berlainan panggung. Akil menonton filem IP Man pada jam 11.55 malam manakala Waheeda menonton filem KM 31 pada 12.10 tengah malam.

#3 Mereka datang menaiki kereta milik Waheeda kerana kereta milik Ustaz Akhil mengalami kemalangan teruk di Putrajaya.

#4 Sebelum menonton wayang pilihan masing-masing, Waheeda mengakui yang dia agak keletihan dan hampir hilang mood untuk menonton wayang hingga membuatkan dirinya membuat keputusan untuk menunggu saja Akhil dalam keretanya sementara menunggu filem IP Man habis ditayangkan.

#5 Hasrat Waheeda itu membuatkan Akhil berpendapat daripada membahayakan dirinya menunggu seorang diri di dalam kereta, dia sanggup untuk pulang ke rumah dengan menaiki teksi dan menyuruh Waheeda balik dulu ke rumah dengan keretanya.

#6 Bagaimanapun, Waheeda mengubah fikiran dan menonton filem pilihannya juga sehingga habis kerana tidak mahu membiarkan Akhil pulang dengan teksi.

#7 Selesai menonton filem IP Man, Akhil masuk ke panggung KM 31 beberapa minit sebelum filem tontonan Waheeda berakhir. Dia hanya duduk di tepi tangga di dalam panggung, sebelum Waheeda memanggil Akhil duduk di sebelahnya yang kebetulan kosong.

#8 Selesai tayangan filem itu, lampu pawagam dinyalakan dan secara jelas kelibat mereka di dalam pawagam kelihatan termasuklah penulis gosip portal murai.com.my yang kebetulan turut berada di tempat yang sama.

Harap-harap tidak timbul lagi gosip-gosip yang kurang memuaskan terhadap mereka berdua.







0 comments:

Post a Comment