feedburner
Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

feedburner count
FaizLi7OnLiNe
Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle
Jan
25

Katie Stam Miss America 2009 Winner

Labels:

katie-stam-1

Kattie Stam merupakan Miss Indiana telah dimahkotakan sebagai Miss America 2009 pada malam Sabtu yang lepas dalam majlis Miss America 2009 yang berlangsung di Las Vegas.

Dia merupakan pelajar jurusan Komunikasi di University of Indianapolis.

katie-stam-3







Jan
25

Jennifer Garner dengan anak perempuannya

Labels: ,

Ini merupakan gambar-gambar Jennifer menghantar anaknya, Violet ke sekolah. Violet merupakan anak perempuan pertama Jennifer dengan Ben Affleck. Apalah rasanya perasaan Violet apabila pelakon Hollywood popular menghantarnya ke sekolah. =)

jen-vi-school-2-435x543 

jen-vi-school-1-420x600





Jan
25

Beyonce menyanyi untuk Obama

Labels: , ,

beyonce-3-435x322

Ini mungkin merupakan saat paling indah buat Beyonce apabila menyanyikan sebuah lagu “At Last” di Neighborhood Inaugural Ball semasa Presiden Obama dan First Lady menari.

beyonce-4-435x297





Jan
15

Shah Rukh Khan penyampai anugerah Golden Globe Awards 2009

Labels: , ,

gg_header_2009

Shah Rukh Khan merupakan pelakon Bollywood paling popular yang juga dinobatkan sebagai ‘the 50 most powerful people in the world’ untuk pelakon filem oleh majalah Newsweek telah dipilih untuk menjadi penyampai anugerah Golden Globe Awards 2009 pada hari ahad yang lepas, 11 Januari 2009.

Majlis tersebut berlangsung di The Beverly Hilton disiarkan secara live oleh stesen TV NBC pada jam 8.00 p.m. (EST).





Jan
15

Ben & Jennifer mendedahkan nama anak mereka

Labels: ,

Seminggu selepas kelahiran anak perempuan kedua Ben Affleck dengan Jennifer Garner, wakil Jennifer mengumumkan nama anak mereka kepada PEOPLE secara eksklusif.

jennifer_garner

Nama anak perempuan tersebut ialah Seraphina Rose Elizabeth Affleck. Bayi tersebut dilahirkan pada 6 Januari yang lalu di Los Angelas. Ben dan Jennifer, kedua-duanya 36 tahun yang juga ibu bapa kepada anak perempuan pertamanya, Violet, 3 tahun.





Jan
15

Heath Ledger menang Golden Globe Awards 2009

Labels: ,

heath_ledger13

Lakonan Heath Ledger, 28, sebagai  the psychotic Joker dalam Batman: The Dark Knight telah memenagi Anugerah Golden Globe untuk kategori Supporting Actor.

Ibu kepada aktor berkenaan, Sally Bell mengatakan trofi tersebut akan diberikan kepada anak perempuan Heath, Matilda.

"I should imagine that eventually it will be going to Matilda," kata Sally Bell ketika berada di rumahnya di Perth, Australia.

Ledger yang ditemui mati dalam keadaan berbogel di apartmennya di New York pada tahun lepas akibat overdose pengambilan dadah.







Jan
15

Siti & Datuk K akan saman

Labels: , ,

mainpix-1 Baru-baru ini ramai yang terkejut apabila sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan telah melaporkan rumah-tangga Dato’ Siti Nurhaliza sedang bergolak. Namun, Siti yang kita kenal tetap tenang & tabah.

Terbaru dalam Berita Harian melaporkan, Siti dan Datuk K akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyebarkan pembohongan itu.

Pasangan itu merayu supaya penyebar gosip melalui internet dan juga akhbar sejak kebelakangan ini kononnya rumah tangga mereka yang dibina sejak dua tahun lalu sedang bergolak, menghentikan segera perbuatan itu.

"Jikalau gosip seperti ini berterusan disiarkan, saya akan mengambil tindakan undang-undang kepada dalang yang menjadi penyebar fitnah itu. Mereka harus membayar harga atas perbuatan itu," kata Khalid, yang ditemani Siti, dalam temu bual di Balai Berita.





Jan
15

Linda Jasmine Seksi Tahap Dewa?

Labels: ,

172009_lindaseksi(a)

Fuyoo~ Bukan main seksi lagi Cikgu Akademi Fantasia (AF) ini dalam berpakaian. Inilah yang sangat merisaukan apabila artis berpakaian sedemikian. Ia akan menjadi ikutan muda-mudi zaman sekarang. Biasalah, zaman sekarang apa yang artis buat, semuanya nak buat.

Ini mungkin akan menjadi inspirasi kepada artis-artis Malaysia yang akan timbul pada masa akan datang dengan memperagakan pakaian yang tidak cukup kain itu. Ini baru buka sikit-sikit, namun evolusi akan berlaku, di mana pada masa akan datang artis Malaysia juga tidak berkemampuan untuk membeli kain menutup badan mereka. Lihat sajalah artis-artis di Hollywood yang sanggup berbogel untuk fotografi majalah.

Adakah ini juga akan berlaku pada artis-artis dan celebriti di Malaysia? Jika tiada tindakan daripada pihak berkuasa dan juga kesedaran mereka-mereka yang berkenaan, tentulah pakaian artis Malaysia juga ‘setanding’ dengan artis Hollywood.





Jan
15

Ustaz Akhil Hayy & Waheeda?

Labels: ,

Baru-baru ini, majalah gosip online Murai.com.my ada melaporkan Ustaz Akhil Hayy dan Waheeda keluar menonton wayang bersama. Namun laporan gosip tentang mereka itu telah mengguris hati sesetengah pihak.

Antara laporannya ialah:

Sebenarnya, Murai Batu nak ceritakan pada korang insiden Ustaz Rugged tu terkantoi dating tengok wayang tengah malam buta dengan Si Waheeda, baru-baru ini di 1 Utama, PJ. Hai, bukannya Murai Batu saja yang nampak, satu panggung pun kenal mereka berdua selepas wayang hantu Spanish, KM31, habis dan lampu panggung dah cerah.
Kemudian, macam sedar orang dah terperasan. Kedua-dua mereka mulalah gelabah. Masuk saja tempat parking, Ustaz itu terus jalan jauh sebatu tinggalkan Waheeda. Nak cover line lah tu, tapi rasanya dah terlambat, dah kantoi...

162009_akhileeda(a)

Ada di kalangan pembaca telah membuat kesimpulan awal mengatakan meraka sudah berkahwin, namun ada juga yang memberikan komen-komen yang kurang memuaskan atau kurang sedap didengari.

Samada gosip ini benar-benar berlaku atau ianya hanyalah rekaan semata-mata ataupun ada kisah disebaliknya. Namun, OH BULAN! telah menjawab segala kebuntuan yang sering bermain difikiran.

Ini adalah apa sebenarnya yang terjadi mengikut cerita Waheeda. Mereka menonton wayang yang berbeza & sekali lagi menyatakan mereka memang belum berkahwin.

#1 Waheeda dan Akhil Hayy menonton wayang pada sebelah malam dan rancangan itu dilakukan pada saat akhir. Waheeda sepatutnya ditemani kawan baiknya, Naurah. Namun Naurah tidak dapat datang pada saat akhir.

#2 Menurut Waheeda, mereka menonton filem berbeza dalam berlainan panggung. Akil menonton filem IP Man pada jam 11.55 malam manakala Waheeda menonton filem KM 31 pada 12.10 tengah malam.

#3 Mereka datang menaiki kereta milik Waheeda kerana kereta milik Ustaz Akhil mengalami kemalangan teruk di Putrajaya.

#4 Sebelum menonton wayang pilihan masing-masing, Waheeda mengakui yang dia agak keletihan dan hampir hilang mood untuk menonton wayang hingga membuatkan dirinya membuat keputusan untuk menunggu saja Akhil dalam keretanya sementara menunggu filem IP Man habis ditayangkan.

#5 Hasrat Waheeda itu membuatkan Akhil berpendapat daripada membahayakan dirinya menunggu seorang diri di dalam kereta, dia sanggup untuk pulang ke rumah dengan menaiki teksi dan menyuruh Waheeda balik dulu ke rumah dengan keretanya.

#6 Bagaimanapun, Waheeda mengubah fikiran dan menonton filem pilihannya juga sehingga habis kerana tidak mahu membiarkan Akhil pulang dengan teksi.

#7 Selesai menonton filem IP Man, Akhil masuk ke panggung KM 31 beberapa minit sebelum filem tontonan Waheeda berakhir. Dia hanya duduk di tepi tangga di dalam panggung, sebelum Waheeda memanggil Akhil duduk di sebelahnya yang kebetulan kosong.

#8 Selesai tayangan filem itu, lampu pawagam dinyalakan dan secara jelas kelibat mereka di dalam pawagam kelihatan termasuklah penulis gosip portal murai.com.my yang kebetulan turut berada di tempat yang sama.

Harap-harap tidak timbul lagi gosip-gosip yang kurang memuaskan terhadap mereka berdua.





Jan
13

Hello~

Labels:

Terima kasih diucapkan kerana sudi melawati FaizLi7OnLiNe. Saya mengharapkan anda semua akan sentiasa melayari FaizLi7OnLiNe untuk mendapat serba sedikit informasi yang berguna untuk anda. Bagi pihak FaizLi7OnLiNe, saya mengharapkan dan mengalu-alukan sambutan daripada anda semua untuk menyokong FaizLi7OnLiNe agar ia terus berkembang buat selama-lamanya.

Sekian, terima kasih.

Author
FaizLi7OnLiNe