Katie Stam Miss America 2009 Winner
Kattie Stam merupakan Miss Indiana telah dimahkotakan sebagai Miss America 2009 pada malam Sabtu yang lepas dalam majlis Miss America 2009 yang berlangsung di Las Vegas.
Dia merupakan pelajar jurusan Komunikasi di University of Indianapolis.
Sunday, January 25, 2009 | 0 Comments
Jennifer Garner dengan anak perempuannya
Ini merupakan gambar-gambar Jennifer menghantar anaknya, Violet ke sekolah. Violet merupakan anak perempuan pertama Jennifer dengan Ben Affleck. Apalah rasanya perasaan Violet apabila pelakon Hollywood popular menghantarnya ke sekolah. =)
Sunday, January 25, 2009 | 0 Comments
Beyonce menyanyi untuk Obama
Ini mungkin merupakan saat paling indah buat Beyonce apabila menyanyikan sebuah lagu “At Last” di Neighborhood Inaugural Ball semasa Presiden Obama dan First Lady menari.
Sunday, January 25, 2009 | 0 Comments
Shah Rukh Khan penyampai anugerah Golden Globe Awards 2009
Shah Rukh Khan merupakan pelakon Bollywood paling popular yang juga dinobatkan sebagai ‘the 50 most powerful people in the world’ untuk pelakon filem oleh majalah Newsweek telah dipilih untuk menjadi penyampai anugerah Golden Globe Awards 2009 pada hari ahad yang lepas, 11 Januari 2009.
Majlis tersebut berlangsung di The Beverly Hilton disiarkan secara live oleh stesen TV NBC pada jam 8.00 p.m. (EST).
Thursday, January 15, 2009 | 0 Comments
Ben & Jennifer mendedahkan nama anak mereka
Seminggu selepas kelahiran anak perempuan kedua Ben Affleck dengan Jennifer Garner, wakil Jennifer mengumumkan nama anak mereka kepada PEOPLE secara eksklusif.
Nama anak perempuan tersebut ialah Seraphina Rose Elizabeth Affleck. Bayi tersebut dilahirkan pada 6 Januari yang lalu di Los Angelas. Ben dan Jennifer, kedua-duanya 36 tahun yang juga ibu bapa kepada anak perempuan pertamanya, Violet, 3 tahun.
Thursday, January 15, 2009 | 0 Comments
Heath Ledger menang Golden Globe Awards 2009
Lakonan Heath Ledger, 28, sebagai the psychotic Joker dalam Batman: The Dark Knight telah memenagi Anugerah Golden Globe untuk kategori Supporting Actor.
Ibu kepada aktor berkenaan, Sally Bell mengatakan trofi tersebut akan diberikan kepada anak perempuan Heath, Matilda.
"I should imagine that eventually it will be going to Matilda," kata Sally Bell ketika berada di rumahnya di Perth, Australia.
Ledger yang ditemui mati dalam keadaan berbogel di apartmennya di New York pada tahun lepas akibat overdose pengambilan dadah.
Thursday, January 15, 2009 | 0 Comments
Siti & Datuk K akan saman
Baru-baru ini ramai yang terkejut apabila sebuah akhbar berbahasa Inggeris tempatan telah melaporkan rumah-tangga Dato’ Siti Nurhaliza sedang bergolak. Namun, Siti yang kita kenal tetap tenang & tabah.
Terbaru dalam Berita Harian melaporkan, Siti dan Datuk K akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyebarkan pembohongan itu.
Pasangan itu merayu supaya penyebar gosip melalui internet dan juga akhbar sejak kebelakangan ini kononnya rumah tangga mereka yang dibina sejak dua tahun lalu sedang bergolak, menghentikan segera perbuatan itu.
"Jikalau gosip seperti ini berterusan disiarkan, saya akan mengambil tindakan undang-undang kepada dalang yang menjadi penyebar fitnah itu. Mereka harus membayar harga atas perbuatan itu," kata Khalid, yang ditemani Siti, dalam temu bual di Balai Berita.
Thursday, January 15, 2009 | 0 Comments